Thursday, 28 March 2013

1: Penyelamatku..


Kelihatan Sekolah Sora berdiri megah di tengah-tengah bukit. Sinar cahaya pagi menyinari kawasan tersebut. Berpusu-pusu pelajar-pelajar memasuki kawasan sekolah. Hampir keseluruhannya tersengih-sengih  mungkin kerana tidak sabar untuk belajar ataupun ingin melihat wajah-wajah baru di sekolah.

" Minho, kau tahu tak semalamkan aku jumpa dengan keluarga Kim?!" suara Taemin memecah keheningan pagi. Tanpa membalas bicara Taemin,Minho hanya tersenyum.

"Woi,kau ini mesti tidak tahu tentang keluarga Kim,kan?" Minho menggelengkan kepalanya dengan senyumannya yang tidak pudar. Dia langsung tidak berminat dengan bisnes apatah lagi tokoh-tokoh seperti keluarga Kim.

"Sedih aku tengok engkau. Ibu bapa kau kaya tetapi anaknya? Langsung tak ambil iktibar." Taemin mencubit Minho perlahan. Mereka mula bergurau sehingga akhirnya mereka harus berpecah kerana kelas berbeza.

Tiba sahaja di kelas,ramai pelajar perempuan mengelilingi Minho yang menunjukkan senyuman puteranya.

" Minho,awak tahu tidak betapa rindunya saya kepada awak? Tetapi tidak apa,sebab.." seorang pelajar perempuan memegang erat tangan Minho. "Sebab awaklah watak utama dalam mimpi saya 'so' kuranglah sikit rindu saya" habis  sahaja kata-katanya, dia tergelak,'well' lebih kepada mengilai. Pelajar-pelajar yang lain ingin sahaja mengetuk kepala pelajar yang perasan bagus ini.

"Senyaplah,Yuri! Awak ini gedik sangatlah. Minho,awak jangan dengar kata-kata minah kerek ini" Yoona menolak Yuri secara kasar. Nampaknya akan berlaku pergaduhan antara dua orang pelajar perempuan yang sejak azali lagi tidak sepadan.

"Minah kerek? Sedap betul engkau panggil nama aku! Tidak ada nama lain lagi ke?" Yuri mencekak pinggang.

"Engkau bernasib baik aku sebut minah kerek, kalau mulut aku tersasul aku boleh panggil engkau minah cerek" Mereka sudah menunjukkan taring masing-masing. Akibat daripada aura membunuh mereka, pelajar-pelajar yang lain berundur. Minho akhirnya membuka bicara.

"Boleh ke tepi tak? Saya nak duduk" Dengan selamba badaknya,Minho menarik mereka daripada laluan dan duduk. "Bergaduhlah kalau awak dua orang memang tidak ingin berkawan dengan saya" Minho tidak suka akan pergaduhan apatah lagi budak-budak perempuan bergaduh. Tidak sedap di pandang langsung.

"Minho, janganlah macam ini. Kami tidak akan bergaduh lagi.Janji!" Yuri mengangkat tangannya tanda menyerah kalah. Yoona pun melakukan perkara yang sama demi Minho yang tercinta.

Minho mengeluarkan buku  biologi dan "Soalan pertama, berikan proses-proses janin menjadi bayi?". Yoona dan Yuri ternganga diikuti dengan pelajar-pelajar yang lain. Selepas itu,disusuli dengan gelak ketawa.

"Hahaha, kita memang tidak membaca buku langsungkan? Sure ke kita ini memang nak ambil peperiksaan besar?" Donghae tergelak terbahak-bahak.

"Sorry sikit. Walaupun umur aku ini sudah mencecah 17 tahun, hati aku masih hidup sebagai kanak-kanak Ribena." Eunhyuk duduk di atas meja Donghae dan membuat 'peace sign'.

"Sedih pula aku dengar engkau cakap macam tu." Heechul menitiskan 'eyemo' pada mukanya. "Huhuhu" Heechul berpura-pura meraung menyebabkan gelak ketawa mereka semakin kuat.
Donghae

Eunhyuk

Heechul

Minho meneruskan bacaannya setelah berjaya meringankan udara yang tegang sebentar tadi. "Kan elok macam ini, tiada pergaduhan,pertengkaran." Yoona dan Yuri tersenyum kambing tatkala menerima pujian daripada Minho.

"Kau tengok tu! Muka bajet bagus. Ingat hensem sangatlah tu." "Kita kerjakan dia lepas ini. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah!"

Masa berlalu dengan pantas, jarum jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Akhirnya,pelajar-pelajar dibenarkan pulang. Pantas benar mereka bergerak seperti gajah meluru keluar.

Ketika Minho berjalan di kawasan bas,dia terdengar satu suara sedang marah-marah. 

"Ayah ini memanglah! Bye!" Seorang perempuan yang berambut panjang menjerit-jerit pada telefonnya. 

"Kesian telefon itu" Minho ternganga melihat perangai gadis tersebut. Dia meneruskan lagi perjalananya. Hari ini, dia tidak mahu sesiapa mengambilnya dari sekolah kerana dia teringin bebas untuk seketika.

Tiba-tiba muncul sekumpulan pelajar lelaki yang mengepung Minho yang terpinga-pinga.

"Awak semua ini siapa?" Minho bertanya dengan yakin.

"Mimpi ngeri kau" Hampir-hampir sahaja dia dibelasah...

"Woi rambut cicak! Engkau nak cari pasal ngan siapa pula ha?!"

No comments:

Post a Comment